Kepada sesiapa yang pernah merasa sup di sini. Pasti mengakui sup di sini memang sedap dan ammah!! Kadang samapai ketagih (bak kata Zura). Supnya memang sedap, pekat, penuh rasa. Pandai makcik yang masak ni. Bila dinilai pada nama, memang kebanyakan staf baru di sini, termasuk aku kaget kali pertama diajak makan di sini. Waktu itu tahun 2005. Bila dikata mahu bersarapan di Serdang Club, aku yang ketika itu hanya kerani sambilan, menyelak dompet.."Hmm..hanya ada RM5. Cukup ker.." Tak mengapalah. Kalau tak cukup minum air aje lah nanti.
Tapi bila sampai di sana, persepsi terus hilang. Mihun sup hanya berharga RM2.50 dan air teh hanya RM1.00. Aku ingatkan club mana lah yang mereka nak bawa aku. Design kedai ini biasa. Tak sepadan dengan nama. Sebab itu orang selalu kata dun judge the book from its cover.
Hihi...dan hingga kini, 5 tahun telah berlalu, harga makanan di Serdang Club masih sama. Menu yang ada:
1. Mihun / mee / kuew tiaw / soto sup
2. Mihun / mee / kuew tiaw rebus
3. Mihun / mee /nasi goreng
4. Kuih muih
5. Nasi lemak / nasi dagang / nas kerabu
Kuew tiaw sup kegemaranku
Zura, pelanggan setia di sini
Seperti biasa apabila ke sini, aku akan order mihun sup / kuew tiaw sup. Pernah juga makan yang lain. Ok juga. Tapi sebab tekak ni hanya selera sup dan dipadankan dengan kuew tiaw yang lembut dan sedikit kenyal....Nyum..Nyum...Jika anda datang ke MARDI Serdang, Jabatan Pertanian Serdang atau UPM, sila la mencuba..Pasti terkenang. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Jabatan Pertanian Serdang dan bertentangan dengan Sekolah Tamil Serdang.
No comments:
Post a Comment