Sep 27, 2010

SERDANG CLUB @ JABATAN PERTANIAN, SERDANG

Kepada sesiapa yang pernah merasa sup di sini. Pasti mengakui sup di sini memang sedap dan ammah!! Kadang samapai ketagih (bak kata Zura). Supnya memang sedap, pekat, penuh rasa. Pandai makcik yang masak ni. Bila dinilai pada nama, memang kebanyakan staf baru di sini, termasuk aku kaget kali pertama diajak makan di sini. Waktu itu tahun 2005. Bila dikata mahu bersarapan di Serdang Club, aku yang ketika itu hanya kerani sambilan, menyelak dompet.."Hmm..hanya ada RM5. Cukup ker.." Tak mengapalah. Kalau tak cukup minum air aje lah nanti.

Tapi bila sampai di sana, persepsi terus hilang. Mihun sup hanya berharga RM2.50 dan air teh hanya RM1.00. Aku ingatkan club mana lah yang mereka nak bawa aku. Design kedai ini biasa. Tak sepadan dengan nama. Sebab itu orang selalu kata dun judge the book from its cover.

Hihi...dan hingga kini, 5 tahun telah berlalu, harga makanan di Serdang Club masih sama. Menu yang ada:

1. Mihun / mee / kuew tiaw / soto sup
2. Mihun / mee / kuew tiaw rebus
3. Mihun / mee /nasi goreng
4. Kuih muih
5. Nasi lemak / nasi dagang / nas kerabu

Kuew tiaw sup kegemaranku

Zura, pelanggan setia di sini

Seperti biasa apabila ke sini, aku akan order mihun sup / kuew tiaw sup. Pernah juga makan yang lain. Ok juga. Tapi sebab tekak ni hanya selera sup dan dipadankan dengan kuew tiaw yang lembut dan sedikit kenyal....Nyum..Nyum...Jika anda datang ke MARDI Serdang, Jabatan Pertanian Serdang atau UPM, sila la mencuba..Pasti terkenang. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Jabatan Pertanian Serdang dan bertentangan dengan Sekolah Tamil Serdang.




Sep 16, 2010

Rindu..

Dia telah pergi....

Aidilfitri 1431 Raya di Kg

Raya tahun ini..dimulai dengan cuti yang bermula pada 8 September 2010.Ingatkan x mau cuti...tapi bila memikirkan babysitter Adam sudah mulai bercuti hari itu dan aku x mau bawa Adam ke pejabat (sbb klu bawa Adam..sama seperti aku bercuti..habis 1 ops diselongkar)..hehe..hari Rabu dan Khamis aku sibuk sangat cuba menjahit baju Adam & Abah...hinggakan along & ijan sj yg memasak utk juadah raya nnt...namun..uhuk..baju ntah mana..aku ntah mana..adam hanya pki baju raya pemberian abg Fauzi..mujur aku n B mmg ada baju warna ungu..maka unggula kami 1 keluarga...haha..maka adam dengan kupiahnya di pagi raya di rumah atuk Anuar..

Jam 10.30 pagi barulah kami berangkat ke kampung B di
Raub Pahang..dan inilah juga pengalaman raya pulang ke kampung untuk beraya setelah aku selama 28 tahun beraya di rumah sendir..duduk pun depan ruman Wan..so x pernah rayer mcm maner perpusu2 untuk pulang ke kg beraya...Jalan dari rumah hingga ke Cheras lenggang..tenang je rasa..hanya tiba hampir di Ampang..jalan sudah mulai sesak..itupun sebab ada road construction..diorg ni pon..nk relair jln time raye ni..mmg x munasabah..jalan 2 lane jd 1 lane..d blk org kL dr kg nnt..mcm maner la agknyer..hmmm...

So jam 1.30 tghr kami smoi d kg..seronok rupenyer beraya di kg ni...